Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembubaran BERSATU kekal jika gagal patuhi ROS dalam 30 hari
Diterbitkan:  Apr 5, 2018 3:19 PM
Dikemaskini: 5:38 PM

Pembubaran pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, BERSATU juga boleh memfailkan rayuan dalam tempoh berkenaan.

"Saya nyatakan di sini bahawa PPBM (BERSATU) gagal serahkan sepenuhnya segala butiran, maklumat dan dokumen yang diminta sebagai mana notis di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat ROS di Putrajaya petang ini.

Surayati berkata notis untuk BERSATU memberikan maklumat yang berkaitan dengan parti itu telah dikeluarkan pada 28 Feb.

"Setelah tamat tempoh 30 hari tarikh pembubaran sementara, and sekiranya ada rayuan dan ditolak, maka perintah pembubaran akan jadi mutlak dan PPBM akan dibatalkan pendaftarannya," tambahnya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS