Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai.

Beliau berkata pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

"Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018," katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Kerajaan juga, kata Najib, bersetuju memberikan kenaikan satu peratus kadar pencen secara ‘one-off’ bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini kepada pesara.

Pemberian itu sebagai tambahan sebanyak dua peratus yang diterima sebelum ini.

“Untuk makluman para penjawat awam, manfaat ini bakal diterima oleh semua pesara di seluruh Malaysia, malahan,... ‘pesara yang umurnya 93 tahun itu pun dapat juga’, “ katanya yang secara jelas merujuk kepada seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir samapada majlis itu adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan kuota khas haji untuk golongan pesara kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut akan ditentukan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota oleh Arab Saudi.

Selain itu beliau turut mengumumkan:-

  • Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.
  • Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).
  • Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).
  • Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.
  • Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan Islam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).
  • Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018
  • Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS