Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: HARAPAN perlu 85 peratus keluar undi untuk menang
Diterbitkan:  Apr 2, 2018 2:27 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang, jumlah peratusan keluar mengundi yang tinggi diperlukan, kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tidak kurang daripada 85 peratus," kata bekas perdana menteri itu dalamsatu hantaran di blog, petang ini.

Mahathir yakin bahawa sasaran itu dapat dicapai berdasarkan jumlah peratusan keluar undi pada pilihan raya umum lalu 2013, iaitu pada 84.8 peratus.

"Tsunami Melayu adalah apa yang diperlukan. Ini boleh berlaku," katanya.

Justeru, katanya bahawa sokongan untuk HARAPAN mesti besar-besaran dan matlamat mereka adalah untuk menang dengan majoriti besar.

"Majoriti kecil akan menyaksikan ‘penipuan’ undi oleh BN yang mempunyai kawalan ke atas semua pekerja kerajaan yang bekerja semasa pilihan raya.

"Akan berlaku kiraan semula undi dan sekali lagi parti kerajaan boleh memanipulasi kiraan undi. Undi pos terbukti sering dipalsukan," katanya.

Mahathir, yang juga dinamakan sebagai calon perdana menteri HARAPAN, berkata, sementara kebanyakan rakyat Malaysia menderita, namun ada yang tidak merasa apa-apa.

"(Mereka berhujah) ... apa yang buruk tentang ikan kembung RM20 itu. Ia hanya beberapa ringgit lebih sahaja. Kenaikan beberapa ringgit tidak ada hal. Peningkatan kos adalah sesuatu yang lazim. Kamu cuma perlu bersabar.

"Kemudian ada orang yang percaya bahawa mereka sebenarnya mendapat manfaat daripada krisis. Masih berbaloi untuk merebut cebisan roti. Sekiranya kamu tidak kritikal, tidak mengapa. Kamu masih boleh menikmati cebisan roti.

"(Mereka kata) ... apa jenis kerajaan yang kita ada tidak relevan. Semua kerajaan adalah sama. Jika mereka mencuri wang, itu adalah biasa. Bagi mereka yang tahu, akan ada cara untuk merebut peluang walaupun salah, bahkan daripada wang yang dicuri.

"(Mereka berkata) ... biar orang bodoh meletakkan leher mereka. Sekiranya mereka dipancung, itu adalah masalah mereka. Jika mereka berjaya, itu juga baik-baik saja. Kami tahu bagaimana untuk mendapat manfaat daripada usaha mereka," katanya.

Mahathir, yang mencecah usia 93 tahun ini, berkata beliau amat sedih bahawa orang seumpama itu wujud.

"Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada negara. Demokrasi atau kleptokrasi adalah sama kepada mereka.

"Jika mereka menerima padahnya, maka cuma perlu meninggalkan negara ini. Pergi ke Australia atau Britain atau Kanada. Mohon kewarganegaraan asing. Pulang negara ini sekali-sekala.

"Orang ini ada di antara kalangan kita. Jumlah mereka tidak banyak. Tetapi sikap mereka mungkin menular. Mereka tidak akan mengundi. Sesetengah mungkin akan merosakkan undi. Mereka mengundi tetapi mereka tidak mengundi. Dan mereka akan beritahu orang lain untuk tidak mengundi," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS