ADS
mk-logo
Berita
Najib ucap takziah pada keluarga Mazlan Ahmad

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad yang meninggal dunia pada Sabtu.

“Takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Mazlan Ahmad, mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

Mazlan, 75, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 7.30 malam.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, pagi tadi.

Allahyarham, yang dilahirkan di Perlis, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat dari 17 Nov 1992 sehingga 12 Dis 1995 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada 13 Dis 1995 dan memegang jawatan itu sehingga bersara pada 15 Dis 1998. -Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS