story images
story images
mk-logo
Berita
Saman DOJ: Dakwaan rompakan berbilion ringgit 1MDB
Diterbitkan:  Apr 1, 2018 12:04 AM
Dikemaskini: Apr 12, 2018 10:20 AM

Rampasan kapal peranginan mewah Equanimity di Bali, Indonesia pada penghujung Februari sekali lagi membawa saman perlucutan hak atas aset 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) kembali menjadi sorotan umum.

DOJ telah memfailkan siri saman pelucutan sivil terhadap aset 1MDB pada 2016 dan 2017.

DOJ sedang berusaha merampas aset-aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB

Bagaimanapun, skandal tersebut melibatkan lingkaran urusniaga rumit yang berbelit-belit.

Malaysiakini telah memecahkan kerumitan saman DOJ itu melalui laman web mikro khusus.

Sila klik pautan (http://pages.malaysiakini.com/1mdb/en/) untuk mencapai laman mikro perincian saman DOJ.

Setakat ini, laman tersebut dapat dilayari dalam bahasa Inggeris.
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS