PRU14 | Jangkaan pengumuman nama calon bagi kerusi parlimen Kulai dan DUN Senai akan memberi kesan terhadap rancangan keseluruhan DAP di Johor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Menurut jemputan sidang media DAP, Pakatan Harapan (HARAPAN) akan melancarkan pusat operasinya di Kulai pada 2.30 petang esok.
Antara pemimpin yang akan hadir ialah Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, penyandang Parlimen Kulai Teo Nie Ching, penyandang DUN Senai Wong Shu Qi dan 'calon-calon untuk Kulai dan Senai'.
Bahagian akhir, senarai tamu mengundang desas-desus Teo dan Wong mungkin tidak akan mempertahankan kerusi mereka.
Teo bagi laluan untuk Gobind
Sumber memberitahu Malaysiakini, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo mungkin akan diletakkan bertanding di Kulai dan membantu HARAPAN merebut negeri kelahiran Umno itu.
Namun demikian, seorang lagi sumber berkata Gobind tidak akan hadir pada majlis pelancaran pusat operasi Kulai bermaksud tidak timbul spekulasi berkenaan.
Apabila dihubungi, MP dua penggal Puchong itu enggan mengesahkan atau menafikan jika beliau akan hadir majlis esok hari itu atau jika beliau akan bertanding kerusi itu.
Tetapi Teo memberitahu Malaysiakini beliau tidak pasti akan mempertahankan Kulai bagi penggal kedua.
Pengundi Kulai terdiri daripada 54.12 peratus Cina, 34.81 peratus Melayu dan 10.32 peratus India.
Kulai dikenali sebagai kerusi selamat DAP. Pertama kali parti itu menawan Kulai pada PRU13 Teo menang dengan majoriti 13,450 undi.
Manakala itu, seorang lagi sumber memberitahu pasukan DAP di Johor selalu menukar strateginya, hampir setiap hari.
'Situasi snagat dinamik. Kami tidak boleh mramalkan pasukan akhir. Beberapa hari lalu Gobind dispekulasikan akan bertanding di Kulai.
"Tapi maklumat terkini memberitahu Teo mungkin akan terus mempertahankan Kulai," kata sumber itu.
Untuk PRU14, DAP akan bertanding enam kerusi parlimen di Johor iaitu Bakri, Kluang, Kulai, Gelang Patah, Labis dan Ayer Hitam.
Pengumuman calon yang akan bertanding di Kulai besok akan menambah penjelasan strategi DAP terhadap Kluang dan Labis.