Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Penyamun' lwn 'komunis', Lim dihalau dari parlimen
Diterbitkan:  Mar 28, 2018 12:11 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Keadaan di dalam parlimen lebih panas berbanding demonstrasi di luar apabila kerajaan dan pembangkang saling berperang mulut susulan laporan persempadanan semua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang berdepan bantahan pembangkang kerana membenarkan laporan itu dibentangkan, berkata keputusannya muktamad.

Menyifatkan gangguan itu turut mengganggu kesihatannya, Pandikar berkata beliau tidak perlu memberikan penjelasan berkaitan keputusan itu.

Malah beliau memberi amaran untuk menghalau sesiapa yang mengganggu prosiding itu.

Bagaimanapun, tidak peduli dengan amaran itu, Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bangun untuk bertanya berkaitan kewajaran status embargo (larangan dedah awal) untuk laporan itu sebelum ini.

Pandikar kemudian menghalaunya dari parlimen tetapi Lim berdegil enggan keluar dengan menggelengkan kepala dan melaungkan perkataan “penyamun” dan “pencuri” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Abdul Rahim (BN-Baling) Azeez Abdul Rahim membalas dengan memanggil Lim “komunis”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan penggantungan Lim dari parlimen.

Usul itu disokong oleh timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS