mk-logo
Berita
Anwar kempunan jadi PM sebab Dr M, kata pembantu Rosmah
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 11:42 PM
Dikemaskini: 4:26 PM

Pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyatakan kesangsian beliau terhadap janji Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam wawancara dengan media Australia baru-baru ini pula, Tun Dr Mahathir menunjukkan tembelangnya apabila berkata, undi dia mungkin sama seperti undi Anwar.

"Perkataan mungkin itu secara jelas menunjukkan Mahathir tidak ikhlas dalam perjanjian untuk melantik Anwar menjadi PM selepas dua tahun Anwar keluar dari penjara," kata beliau dalam suatu hantaran di Facebook.

Dr Mahathir Mohamad dinamakan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai calon Perdana Menteri ketujuh, jika gabungan itu dapat menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) ini.

Rizal Mansor turut mengungkit kisah Anwar 'kempunan' menjadi perdana menteri kira-kira dua puluh tahun dahulu.

"Jangan kita lupa insiden Mahathir buat-buat sibuk pegang handphone apabila semua pemimpin pembangkang diminta angkat plakad 'Anwar PM ke-7' tak lama dahulu.

"Dan, jangan kita pernah lupa Anwar kempunan nak jadi PM kira-kira 20 tahun lalu juga sebab Mahathir," kata beliau lagi.

Rizal turut mendakwa Mahathir cuma mahu menjadikan anaknya sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.

"Jangan-jangan Mahathir cuma nak anaknya yang jadi PM ke-8, sebab selepas menang PRU14 nanti dan bila dia dah jadi PM nanti, siapa berani nak tentang kalau dia tetap mahu Datuk Seri Mukhriz jadi PM," soal beliau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS