Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manifetso: HARAPAN akan kurangkan kuasa perdana menteri
Diterbitkan:  Mar 8, 2018 11:14 PM
Dikemaskini: 3:38 PM

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengurangkan kuasa perdana menteri sekiranya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perkara itu dinyatakan berdasarkan manifesto parti pembangkang itu yang dilancarkan di Shah Alam malam ini.

Dokumen itu memperincikan beberapa mekanisme bagi mengekang kuasa perdana menteri dan parlimen memainkan peranan penting dalam melaksanakan prinsip semak dan imbang,

Selain mengehadkan tempoh dua penggal perdana penteri, HARAPAN juga akan menyekat pemegang jawatan itu daripada memegang sebarang portfolio lain.

Ia juga akan mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri daripada RM17 bilion kepada RM8 bilion dan mengurangkan 10 menteri di jabatan itu kepada tiga orang.

Beberapa agensi dalam Jabatan Perdana Menteri juga akan dipindahkan dan ditempatkan di bawah kementerian yang berkaitan.

SPRM direformasikan

Semua pelantikan pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman, yang sedang dilaksanakan mengikut budi bicara perdana menteri, perlu diluluskan parlimen.

SPR juga akan diletakkan di bawah kuasa parlimen sementara SPRM akan dinaik taraf kepada suruhajaya penuh yang diiktiraf oleh perlembagaan persekutuan.

Begitu juga, SPRM juga akan bertanggungjawab kepada parlimen.

Di samping semak dan imbang terhadap kuasa perdana menteri adalah reformasi institusi dan politik.

Pejabat pendakwa raya akan diasingkan daripada pejabat peguam peguam.

Di bawah susunan baru, peguam negara akan merupakan anggota parlimen dan seorang menteri, sementara pendakwa raya pula adalah bebas.

Pembangkang diberi kuasa

Parlimen juga akan diberikan autonomi manakala menteri pembangkang akan mempunyai keistimewaan yang sama dengan seorang menteri.

Jawatankuasa pilihan parlimen juga boleh memanggil menteri dan penjawat awam tertinggi untuk disoal.

Selain itu, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam akan diketuai oleh anggota parlimen Pembangkang.

Langkah-langkah lain juga akan diperkenalkan untuk melaksanakan semak dan imbang terhadap Speaker Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.

Seseorang anggota parlimen dan senator boleh merujuk kepada jawatankuasa aduan jika mereka merasakan keputusan oleh speaker atau Yang Dipertua Dewan Negara adalah tidak adil.

Laporan juga akan dikeluarkan setiap tahun bagi anggota parlimen yang menduduki lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma lain serta jumlah elaun yang mereka terima.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS