Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengarah Bukit Aman dicadang guna peguam percuma
Diterbitkan:  Mar 4, 2018 11:43 PM
Dikemaskini: 4:03 PM

Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang tidak menuntut A$320,000 (RM700,000) yang dibekukan Polis Persekutuan Australia menimbulkan tanda tanya berhubung sumber wang berkenaan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini menyatakan bahawa siasatan dalaman mendapati wang berkenaan "bersih" dan diperoleh melalui penjualan rumah Wan Ahmad di Shah Alam bagi membiayai pendidikan anaknya.

Akhbar Australia Sydney Morning Herald yang menyiarkan laporan berhubung pembekuan wang yang disyaki hasil penggubahan wang haram atau kegiatan jenayah berkata Wan Ahmad enggan menuntut semula wang berkenaan kerana kos undang-undang yang mahal.

Bagaimanapun, menurut Lim, Wan Ahmad dengan mudah boleh menghubungi peguam yang mahu memberikan khidmat secara percuma dan hanya akan mengambil sebahagian daripada wang yang dibekukan sekiranya berjaya mendapatkannya semula.

"Kenapa beliau (Wan Ahmad) sanggup kehilangan A$320,000 daripada mendapatkan khidmat peguam (dengan cara) no cure, no pay bagi menuntut wang itu?" soalnya.

Lim turut mempersoalkan sama ada kehilangan A$320,000 itu tidak akan menjejaskan pendidikan anak Wan Ahmad.

Lim turut mengkritik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan menteri dalam negeri yang mendakwa Wan Ahmad sedikit "naif" dengan undang-undang Australia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS