Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
MCA gesa Nazri dipecat kerana pakai baju hitam di majlis Tahun Baru Cina
Diterbitkan:  Mar 4, 2018 8:03 PM
Dikemaskini: 1:27 PM

Pergeseran antara MCA dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan lagi dengan kecaman terbaru Pemuda MCA terhadap menteri pelancongan itu.

Ketua Pemuda MCA Kedah Tan Chee Chiong membangkitkan isu pakaian hitam Nazri pada sambutan Tahun Baru Cina di Sungai Petani semalam.

Dalam satu kenyataan media selepas sambutan itu, Tan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat Nazri sebagai menteri pelancongan dan kebudayaan kerana "tiada sensitiviti budaya".

"Menteri kebudayaan dan pelancongan tidak mempunyai sedikit pun sensitiviti budaya.

"Beliau pakai pakaian serba hitam menghadiri rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina.

"Kita tahu beliau seorang yang angkuh, tapi kita tidak tahu dia seorang yang jahil," kata Tan seperti dipetik China Press.

Warna hitam secara umumnya dianggap membawa malang dalam budaya masyarakat Cina dan tidak digunakan dalam sambutan Tahun Baru Cina yang dilihat sebagai perayaan yang membawa tuah.

Akhbar harian berbahasa Cina itu juga menggambarkan suasana janggal ketika majlis sambutan yang dianjurkan Nazri yang turut dihadiri Najib dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Akhbar berkenaan melaporkan Liow dan Nazri yang duduk berasingan dan dipisahkan oleh perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, seakan-akan melayan sesama sendiri seperti masing-masing tidak wujud.

Pergeseran antara MCA dan Nazri terjadi susulan kecaman Nazri terhadap tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS