Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Sekumpulan anggota Pemuda MCA mengadakan demonstrasi menuntut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memohon maaf atas kenyataannya terhadap Tan Sri Robert Kuok dan MCA.

Demonstrasi itu diadakan di luar Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini, di tengah-tengah sambutan ulang tahun ke-69 parti itu di ibu pejabat MCA itu.

"Sebenarnya, hari ini kami tidak berhasrat untuk mengadakan demonstrasi tetapi ini adalah hasrat daripada akar umbi.

"Kami menghormati apa yang dikehendaki oleh akar umbi dan kami mengadakan demonstrasi," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon (tengah gambar) kepada pemberita selepas demonstrasi itu.

 

Mereka mahu Nazri memohon maaf kepada semua dalam masyarakat Cina, tambahnya.

Peserta demonstrasi itu membawa sepanduk dengan tulisan Cina yang menuntut Nazri memohon maaf.

Demonstrasi itu disertai kira-kira 30 orang dari Pemuda  dan Wanita MCA, kata Leong.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS