Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah milik ahli perniagaan Jho Low yang telah dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia dalam gerakan bersama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam.

Apabila ditanya oleh Malaysiakini sama ada kerajaan akan menuntut kapal layar Jho Low yang dipanggil Equanimity itu, Apandi berkata: "Kenapa kerajaan nak tuntut sesuatu yang bukan miliknya?"

Apabila ditanya lagi bahawa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa bahawa wang yang digunakan untuk membeli kapal layar berharga AS$250 juta (RM1 bilion) itu datang dari 1MDB, Apandi berkata reaksinya mengenai perkara itu adalah seperti komennya di atas dan memberitahu Malaysiakini melaporkan itu sahaja.

Dilaporkan bahawa Equanimity telah dirampas di Bali semalam dan anggota kru disoal siasat oleh pihak berkuasa Indonesia. Namun, Jho Low tidak berada di atas kapal itu.

Jho Low kemudiannya, melalui jurucakapnya, mengutuk rampasan kapal layar mewah itu, yang boleh menampung 26 tetamu dan 33 anak kapal, dan mempunyai tempat pendaratan helikopter.

Kapal itu dicari oleh DOJ kerana mendakwa bahawa ia telah dibeli menggunakan dana yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Secara keseluruhan, DOJ sedang berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB yang diselewengkan.

Putrajaya telah menegaskan bahawa dana 1MDB tidak hilang atau dicuri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS