Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
8 hari rancang sebelum rampas 'aset hasil kejahatan'
Diterbitkan:  Feb 28, 2018 6:24 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Polis Indonesia mendedahkan mereka membuat persediaan lapan hari untuk menyelaraskan siasatan terhadap kapal layar mewah hartawan kontroversi Malaysia Jho Low sebelum merampasnya hari ini.

Pengarah ekonomi dan jenayah khas polis republik itu Agung Setya berkata penyelarasan bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) itu dibuat sejak 21 Januari lalu.

“Kita berkoordinasi dari tanggal 21 terkait dengan investigasi dilakukan FBI.

“Dan kita kemudian telusuri terkait dengan targetnya, kapal Equanimity. Sudah diberitahukan melalui mahkamah Amerika (Jabatan Keadilan) kapal ini jadi aset hasil kejahatan.

“Aset ini adalah aset hasil kejahatan sudah kita sahkan. Secara legal kita sudah pastikan.

“Kita sudah jalankan investigasi di sini.

“Orang yang menyembunyikan aset hasil kejahatan boleh didakwa melakukan pengubahan wang haram,” katanya seperti dilaporkan TV tempatan Metro TV.


Berkaitan: Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali


Indonesia hari ini merampas kapal bernama The Equanimity yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS