Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr Zulkifli teruja rai tahun baru bersama Cina Muslim
Diterbitkan:  Feb 13, 2018 4:28 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan rasa teruja selepas menghadiri majlis jamuan sempena Tahun Baru Cina oleh Malaysia Chinese Muslim Association (Macma) pada 11 Februari lalu.

Menerusi majlis itu, Zulkifli berkata pihaknya secara tidak langsung dapat mempelajari budaya masyarakat Cina Muslim yang menyambut perayaan berkenaan.

"Kami merasa teruja dengan sambutan tersebut kerana sedikit sebanyak dapat mempelajari budaya masyarakat Cina Muslim.

"Banyak juga yang dapat kami pelajar melalui penerangan oleh Presiden MACMA, Prof. Dr. Taufik Yap berkenaan dengan kebudayaan masyarakat Cina,' kata Dzulkifli dalam kenyataan yang disiar di Facebook rasmi beliau.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini turut menggesa sikap kebersamaan dan saling menghormati sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 16 dan 17 Februari ini.

Menurut Dzulkifli, fiqh taayush bermaksud 'fiqh kehidupan' dalam menghormati adab resam, budaya serta agama yang perlu difahami dengan lebih baik dengan menjaqa dhaabit (garis panduan) serta beriltizam mengikut syariat Islam.

"Universiti Al-Azhar menganjurkan fiqh ta'ayush sejak sekian lama dan inilah yang difahami oleh ulama Islam apabila kita melihat lembaran sejarah dalam bermuamalah menerusi kehidupan masing-masing.

"Semoga kalam pada hari ini menjadi mukadimah kepada kita untuk memahami sebuah kehidupan masyarakat majmuk dengan lebih baik," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS