Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerana Samsung, duta Korea Selatan kena mengadap Iran
Diterbitkan:  Feb 9, 2018 12:24 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

GLOBAL l Kementerian Luar Iran pada Khamis memanggil Duta Besar Korea Selatan untuk membantah keputusan Samsung Electronics menyekat hadiah telefon pintar kepada atlet Iran yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qasemi, berkata keputusan itu yang dibuat atas alasan mandat sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah "tidak bermoral," lapor agensi berita China Xinhua.

Pada Rabu, diumumkan bahawa Samsung, sebagai penaja PyeongChang 2018, enggan memberikan hadiah berupa telefon pintar Galaxy Note 8 kepada atlet Iran dan Korea Utara.

"Iran membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral ini kerana ia bercanggah dengan semangat Sukan Olimpik yang menetapkan slogannya sebagai tidak mengira bangsa, warna kulit, agama dan politik," kata Qasemi.

Sehubungan itu, Iran mendesak agar Samsung memohon maaf di atas "tindakan yang tidak bijak tersebut," serta memberi amaran bahawa ia akan "memberi kesan serius" terhadap hubungan perdagangan Iran dan syarikat Korea Selatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS