Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi dan bekas kerani bank dihukum 30 bulan penjara

Ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad masing-masing dihukum 30 bulan penjara  hari ini selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd. 

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan mereka melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.

Pada analisis maksimum, katanya, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan dan oleh itu pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin pada RM15,000.

Rafizi, 40, diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Latheefa Koya mewakili Johari.

Pendakwa raya Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin menjalankan pendakwaan.

Rafizi dan Johari diperintahkan membela diri pada 25 Oktober lalu.

Rafizi dan Johari didakwa pada 2012 mengikut Seksyen 97 Bafia kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank berkaitan NFC dan pengerusinya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang adalah suami kepada Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Walaupun akta itu dimansuhkan pada 2013, tuduhan naib presiden PKR di bawah Bafia masih dilaksanakan.

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS