Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jakim: Hormati perlambangan haiwan di Tahun Baru Cina
Diterbitkan:  Feb 6, 2018 8:30 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa sikap kebersamaan dan saling menghormati sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Kalendar lunar Cina diwakili 12 haiwan dan masyarakat Cina akan menyambut kedatangan Tahun Anjing pada bulan ini.

Ketua Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata, semua pihak maklum agak penggunaan haiwan sebagai perlambangan dan perlu menghormatinya bagi mengekalkan keharmonian antara kaum.

"Ini selaras dengan pendekatan wasatiyyah dalam Islam yang menjadi dasar kerajaan.

"Justeru semangat kebersamaan dalam perkara ini perlu difahami secara bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak demi mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas sama ada imej anjing itu sesuai digunakan atau tidak.

Malaysiakini sudah menghubungi Jakim dan sedang menunggu jawapan Jakim berhubung perkara ini.

Beberapa kompleks membeli-belah tidak menggunakan imej anjing dalam dekorasi Tahun Baru Cina mereka atas alasan menjaga sensitiviti umat Islam.

Selain itu, sebuah rangkaian pasar raya utama sebelum ini menarik perhatian ramai apabila menjual baju zodiak Cina tanpa gambar anjing dan babi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS