Lima panel Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarahnya dan kerajaan berkaitan kes “bin Abdullah”, esok.
Selain memberi kesan terhadap pasangan ibu bapa dan anak lapan tahun mereka dari Johor, sebagai subjek rayuan, keputusan itu turut akan memberi kesan terhadap kanak-kanak dengan nasib sama.
Ini termasuk 20 pasangan yang diberikan status as amicus curaie (kawan mahkamah) oleh Mahkamah Persekutuan bulan lalu, yang memerhati dengan dekat prosiding itu.
Ini kerana rayuan itu akan menentukan prospek kes mereka kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, yang juga mahkamah perlembagaan dan tempat terakhir rayuan, akan menetapkan panduan atau duluan kepada mahkamah-mahkamah lebih rendah.
Tahun lepas hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menulis keputusan penting di Mahkamah Rayuan bahawa anak luar nikah sama ada Islam atau bukan Islam boleh dinasabkan kepada nama bapa mereka.
Rahman juga memutuskan fatwa atau perintah agama tidak mempunyai kesan undang-undang.
Beliau juga berkata JPN sebagai institusi awam, terhad untuk menentukan sama ada seorang bapa memenuhi keperluan Seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, yang perintah Majlis Fatwa kebangsaan berkaitan perkara sama tidak mempunyai kuasa undang-undang.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2003 memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada individu yang mengaku sebagai ayahnya, jika dilahirkan kurang dari enam bulan selepas perkahwinan.
Bagaimanapun, Rahman, hakim kedua dalam tiga panel hakim diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, ketika mengiktiraf stigma anak-anak berkaitan, berkata fatwa atau perintah agama oleh mana-mana badan agama tidak mempunyai kuasa undang-undang kecuali diterima oleh undang-undang persekutuan sebagai suatu akta di mahkamah.
“Jika tidak fatwa yang dikeluarkan oleh badan-badan akan akan menjadi sebahagian daripada undang-undang persekutuan tanpa melalui proses perundangan,” katanya ketika tidak mengiktiraf kebolehan fatwa sebagai undang-undang pentadbiran.