Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jejantas dari stesen MRT Bandar Utama ke 1 Utama dibuka
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 6:03 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Jejantas pejalan kaki sepanjang 35 meter yang menghubungkan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama dan pusat membeli-belah 1 Utama dibuka secara rasmi hari ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corporation Sdn Bhd, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, laluan baharu itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan penyewa dengan menyediakan kemudahan pengangkutan serta akses ke pusat beli-belah dan pejabat di Bandar Utama City Centre.

Beliau berkata jejantas pejalan kaki yang dibina oleh Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd, yang menghubungkan Pintu Masuk B Stesen MRT Bandar Utama dan Bandar Utama City Centre akan menyediakan pintu masuk dan keluar kedua ke stesen itu, sebagai tambahan kepada Pintu Masuk A yang menghubungkan stesen itu dan 1Powerhouse.

“Perkhidmatan bas pengantara percuma dari, dan ke 1 Utama juga disediakan oleh pusat membeli-belah itu untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Terminal Bas Pengantara MRT 1Powerhouse yang menempatkan MRT Park and Ride serta kemudahan sampingan lain.

“Dengan jejantas itu, ia akan memudahkan pengguna ke Bandar Utama selain menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kemudahan MRT. Ini tentunya situasi menang-menang buat semua pihak yang terlibat dan orang awam,” katanya dalam kenyataan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS