Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September
Diterbitkan:  Jan 30, 2018 12:19 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

“Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.,” menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond,” beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS