Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bercadang untuk menarik semula logo mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 walaupun dikritik di media sosial.

Menterinya Datuk Seri Nazri Aziz berkata ia akan terus digunakan kerana beliau tidak melihat sebarang masalah mengenai desain logo tersebut.

“Tak ada isu apa mengenai logo, kritik tu biasalah, orang Malaysia ini siapa pun tak kritik, dia tak kritik diri dia je jadi saya takkan buat apa-apa pertukaran.

“Saya tak kisah lah, netizen tempatan tu biasalah. Kalau nak dengar cakap mereka, sampai 2020 pun tak dapat persetujuan (mengenai logo),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Logo yang memaparkan binatang seperti orang utan dan penyu itu dikritik pengguna media sosial.

Malah ada di antara netizen yang mempersoalkan kualiti rekaan grafiknya yang kurang memuaskan.

Menurut Nazri, logo itu sudah mendapat sambutan di Thailand, di mana logo promosi pelancongan Malaysia itu pertama kali dilancarkan.

“Kita pun dah lancar di Chiang Mai masa Asean tourism forum dan logo itu telah pun diterima baik oleh foreign press itu yang penting, bukan orang tempatan.

“Sebab nak menarik orang luar datang negara, mereka (orang luar) tak ada komen apa mengenai logo,” katanya.

Sementara itu Nazri ketika ditanya mengenai kos rekaan logo itu berkata, ia dihasilkan tanpa sebarang kos dari syarikat perhubungan awam.

“Kita punya kakitangan pereka grafik dalaman sebelum ini mereka dah buat poster tahun melawat Malaysia. Jadi kita tak bayar satu sen pun pada syarikat PR, satu sen pun tak keluar.

Tourism Malaysia dah berpengalaman lebih 30 tahun, jadi mereka (pereka grafik dalaman kita) lebih memahami,” katanya.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS