Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib sekeluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

“Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi (di Madinah).

“Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut,” katanya menerusi akaun Facebook @najibrazak hari ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Januari ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.

Menurutnya lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.

Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja tersebut, kata kenyataan itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS