Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir pilihan terbaik calon PM, sindir Zahid

Resolusi Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahahtir Mohamad calon perdana menteri jika gabungan pembangkang menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang adalah "tepat, cukup baik dan kena pada tempatnya", sindir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini membuktikan bahawa HARAPAN tidak mempunyai pemimpin yang lebih layak daripada Dr Mahathir untuk mengambil jawatan tersebut, untuk terus merosakkan negara.

“Resolusi yang dibuat Pakatan Harapan dalam perhimpunan mereka adalah resolusi yang tepat, cukup baik, dan kena pada tempatnya sebab tokoh itu adalah tokoh yang cukup berjasa kepada negara selama 22 tahun.

“Insya-Allah kalau beliau diberi tempat semula, maka kesalahan-kesalahan yang terlebih dahulu akan diulangi oleh beliau.

“Itu adalah satu kitar-semula yang memang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat bahawa tidak ada tokoh lain yang lebih layak dalam Pakatan Harapan selain tokoh yang cukup berjasa kepada negara itu untuk melakukan kerosakan dan kesalahan kepada negara,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2018 bertema Pemangkin Generasi Bebas Jenayah anjuran Kelab Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur. Zahid adalah menteri dalam negeri dan pengerusi kelab itu.

Resolusi konvensyen HARAPAN Ahad lalu bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika memenangi PRU-14.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS