Tujuh belas NGO dan 107 warganegara prihatin memulakan satu inisiatif yang menggesa BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri masing-masing menjelang pilihan raya umum akan datang.
Mereka memberi amaran kepada HARAPAN bahawa ia akan menghadapi risiko kehilangan ketinggian moral untuk memperjuangkan nilai-nilai universal seperti keadilan sosial, hak-hak asasi dan kebertanggungjawapan jika menamakan Mahathir untuk jawatan tertinggi itu.
“Kegagalan HARAPAN terbesar adalah kenyataan bahawa, sementara mengkritik salahlaku BN,
HARAPAN menutup satu mata terhadap rekod dahsyat bekas perdana menteri tersebut dalam nilai demokrasi, dan memberi tanggapan kepada orang awam bahawa ia telah tunduk kepada budaya ‘bebas daripada hukuman’ dan kini meletakkan kehendak partisan lebih tinggi daripada prinsip demokrasi dan kebaikan rakyat.
“Penyesuaian politik ini sudah tentu bukan satu perkembangan positif kepada orang Malaysia yang mengharapkan perubahan.
“Pada pandangan kami, salahlaku yang menjejaskan kepentingan negara adalah sangat serius, tidak kira ianya dilakukan oleh kerajaan sekarang atau kerajaan lepas. Ini termasuk 1MDB, tindakan keras terhadap perhimpunan BERSIH, pembunuhan Teoh Beng Hock, skandal pertukaran asing yang membabitkan Bank Negara pada tahun 1990-an, Operasi Lalang pada tahun 1987, Projek IC, pemecatan bekas hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 dan banyak lagi.
“Dengan melucutkan tanggungjawab Mahathir, HARAPAN telah hilang ketinggian moral untuk mendesak penyingkiran dan pendakwaan Najib,” kata mereka dalam satu kenyataan media.
Memandangkan ini, mereka menggesa BN dan HARAPAN supaya menyingkirkan kedua-dua Najib dan Dr Mahathir serta memilih mereka yang berintegriti tinggi untuk memastikan tadbir urus yang baik dan institusi awam berfungsi dengan baik.
NGO dan warganegara prihatin berkenaan juga mengutuk helah politik yang berpaksikan kaum dalam hal kedudukan pemimpinan utama negara.
“Terutamanya, ulasan berulangkali oleh pemimpin Umno bahawa masyarakat Melayu akan dipinggirkan di bawah satu kerajaan yang didominasi oleh DAP ‘Cina’ adalah amat menjijikkan.
“Selain itu, Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang telah mencadangkan secara terbuka bahawa jawatan ketua negara dan anggota kabinetnya hanya boleh dijawat oleh mereka yang
‘beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh’.
“Cadangan ini ternyata telah menafikan hak orang bukan Muslim yang dilindungi oleh perlembagaan negara,” kata mereka.
Para penandatangan juga mendesak semua parti politik supaya menghormati hak demokrasi setiap warganegara untuk menjawat jawatan awam, ini termasuk jawatan perdana menteri dan kabinet, tanpa mengira latar belakang jantina, umur, kaum atau agama mereka, kerana
kesesuaian penjawat awam patut ditentukan oleh integriti dan kecekapan mereka.
“Akhirnya, kami ingin menekankan bahawa perjuangan demokrasi tidak patut merosot menjadi pertarungan di antara elit politik untuk mengenggam kuasa semata-mata kerana demokrasi hanya boleh ditanam dalam sebuah masyarakat sivil yang mempunyai warganegara yang diberdayakan yang bersedia untuk bangkit menuntut haknya.
“Kami ingin menggalakkan orang Malaysia untuk menjadi warganegara yang aktif dalam aktivisme komuniti dan sosial dalam kehidupan seharian mereka, dan juga melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dalam komuniti, samaada setempat atau tahap nasional.
“Ini adalah kerana demokrasi adalah lebih daripada hanya membuang undi dalam kotak undi atau meletakkan kepercayaan pada seseorang pemimpin, sebab penglibatan seseorang dalam proses politik itu amat perlu untuk membawa perubahan sebenar.
“Perkara yang paling penting adalah masyarakat sivil Malaysia telah mencapai kemajuan besar sejak 2008. Dengan mengangkat politik personaliti dalam percubaan terdesak untuk menukar kerajaan, dan bukan meneruskan perjuangan di atas pencapaian sebelum ini, berkemungkinan besar pencapaian kita setakat ini akan menjadi sia-sia sahaja,” kata mereka.
Berikut adalah nama-nama NGO dan individu yang mengesahkan inisiatif tersebut:
1. Malaysia Free of Corruptor and Dictator
2. Saya Anak Bangsa Malaysia
3. Tenaganita
4. North South Initiative
5. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
6. Community Development Centre (CDC)
7. Malaysia Youth And Students Democratic Movement (DEMA)
8. Malaysian Election Observers Network (Meonet)
9. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
10. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
11. Johor Yellow Flame (JYF)
12. Perak Civic Forum
13. Sunflower Electoral Education (SEED)
14. Thinking Society
15. Imagined Malaysia
16. Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN)
17. Mamas Bersih
Individual Endorsement
1. Lim Yi Hui
2. Josh Hong
3. Chan Wei See
4. Ngeow Chow Ying
5. Show Ying Xin
6. Ng Yap Hwa
7. Chang Teck Peng
8. Kua Kia Soong
9. Haris Ibrahim
10. Ivy Josiah
11. Gayathry Venkiteswaran
12. S.Arutchelvan
13. Benz Ali
14. Teh Hon Seng
15. Ong Boon Keong
16. Ngeo Boon Lin
17. Toh Chin Hong
18. Cheng Fui Lien
19. Chong Yee Shan
20. Chong Yee chin
21. Wong Kee Tat
22. Liew Thin Choy
23. Tam Foon Meng
24. Lim Kwong Wee
25. Kassim Muhamad
26. Zikri Rahman
27. Anis Syafiqah
28. Lim Chee Han
29. Ng Boon Hui
30. Patrick Goh
31. Catherine Choon
32. Wong Tay Sy
33. Fredah Ti Binti Abdullah
34. Farida Jivamala Ibrahim
35. Yasmin Masidi
36. Adrian Pereira
37. Tong Wai Yee
38. Ng Xiang Yi
39. Ng Lee Yen
40. Chew Siew Fong
41. Puah Sze Ning
42. Mah Wei Li
43. Chong Kok Bon
44. Yip sau kam
45. Tsang Zhi Hao
46. Lee Chen Kang
47. Chin Siew Chien
48. Wong Siew Yun
49. Lee Suk Pei
50. Fion Lee
51. Lainie Yeoh
52. Chan Yit Fei
53. Bonnie Chiew
54. Choo Chon Kai
55. Choo Shinn Chei
56. Hue Yuet Ngan
57. Tan Choon Joo
58. Abdul Razak Ismail
59. Badrul Hisham Shaharin
60. Edy Noor Reduan
61. Muhammad Shamin bin Norisham
62. Yap Kuan Har
63. Loke Chee Hoo
64. Lew Yung Lin
65. Pow Kiew An
66. Aw Swee Sian
67. Aw Swee Hwa
68. Wong Han Choo
69. Hue Shieh Lee
70. Jenifer Tiong Ming Chen
71. Leong May San
72. Lee Chung Lun
73. Liang Tian Shen
74. Ahmad Anwar Asyraf
75. Saidin Muslimin Ismail
76. Kunasekaran Krishnan
77. Mohd Eussouff Mansor
78. Mohd Shafiq Iqram Abdullah @ Polo
79. Lam Kah Hon
80. Pablo Wong Poh Keong
81. Chang Teck Chee
82. Oung Kang Wei
83. Chong Kok Siong
84. Goh Ke JIng
85. Joshua Pang
86. Tan Ean Nee
87. Ng Kim Fong
88. Chong Mun Yee
89. Fong Chong Meng
90. Yap Onn Sang
91. Lee Hui Hui
92. Christine Loi Bih Ju
93. Lim Huey Chyi
94. Sydney Yap Xi Ni
95. Khoo Jeun Fun
96. Koong Hui Yein
97. Nik Aziz Afiq
98. Sharan Raj
99. Paranjothi Joma
100. Vennusha Priyaa
101. Faisal Mustaffa
102. Cheng Lee Whee
103. Sam Lee
104. Wong Jye Mei
105. Tung Wan Qing
106. Chang Keng Fuh
107. Chia Wei Loon