1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menepati syarat dan telah membayar semua hutangnya bagi tahun ini dengan syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi.
Ini diumumkan oleh IPIC dalam pemfailan kepada Bursa Saham London hari ini.
Sementara itu, 1MDB dalam satu kenyataan hari ini, berkata, pembayaran berkenaan adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.
“Pembayaran itu menggunakan dana hasil program rasionalisasi secara berterusan," kata syarikat itu.
Pada bulan April lalu, 1MDB dan pemiliknya MOF Inc mencapai penyelesaian dengan IPIC sebelum proses timbang tara berlaku di London.
Menurut penyelesaian itu, 1MDB akan membayar hutang AS$1.2 bilion dalam dua bayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember.
Bagaimanapun, 1MDB terlepas tarikh akhir untuk membuat bayaran pertama kepada IPIC sebanyak pada 31 Julai.
Berikutan rundingan, IPIC telah memberikan tempoh lanjutan. Jumlah tersebut dengan kos faedah kemudiannya dibayar sepenuhnya pada 30 Ogos.
Pada tahun 2012, IPIC terheret dalam kancah urus niaga global global 1MDB apabila mereka menjamin bon AS$ 1.75 bilion yang diterbitkan oleh firma pelaburan Malaysia itu.
Menjelang 2015, 1MDB menghadapi masalah aliran tunai teruk.
1MDB adalah firma pelaburan negara yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2009 susulan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Syarikat itu turut melantiknya sebagai penasihatnya dan memberinya kuasa eksekutif.