Memang menjadi amalan biasa, apabila tiba penghujung tahun, Malaysiakini membuka ruang kepada pembaca memilih berita-berita yang dirasakan penting sepanjang tahun.
Pada tahun ini landskap politik Malaysia terus berkembang dan semakin panas terutama ketika detik pilihan raya umum (PRU) semakin menghampiri.
PRU ke-14 mesti diadakan menjelang Ogos tahun depan.
Siapa yang pernah menjangkakan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi pemimpin de facto pembangkang?
Siapa pernah meramalkan Umno dan PAS boleh bekerjasama bergandingan untuk memperkukuhkan undang-undang jenayah Islam?
Seperti tahun lalu kami mengajak pembaca Malaysiakini memilih 10 berita paling panas untuk tahun ini.
Ada 19 kategori berita disediakan untuk diundi. Ia tidak disusun mengikut keutamaan pada pandangan kami sebaliknya disenaraikan turutan abjad.
Undian dilakukan dengan anda meletakkan nilai '0' sebagai keutamaan paling rendah dan '10' untuk keutamaan paling tinggi.
Silakan mengundi. Imbau semula 2017 sebelum kita melangkah ke tahun baru yang mungkin lebih menarik.
Dan jangan lupa juga mengundi pencetus berita tahun ini.
Untuk makluman, tokoh yang dipilih tidak semestinya seseorang yang paling popular. Individu terbabit perlulah mencetuskan berita secara konsisten dan memberi kesan kepada perbincangan umum, serta memberi kesan terhadap politik Malaysia - sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Kami memilih 12 calon untuk anda undi.
Semua orang layak memilih. Undian akan berakhir pada tengah malam 26 Disember ini manakala keputusan akan diumumkan mulai 28 Disember.
Untuk mengundi, sila klik di sini.