GLOBAL l Anggota Risikan Dewan AS pada hari Khamis menemubual ketua sebuah firma analisis data untuk menentukan sama ada pasukan kempen pilihan raya Donald Trump mendapatkan bantuannya untuk memperolehi ribuan e-mel yang hilang dari server peribadi Hillary Clinton, kata tiga sumber yang biasa dengan sesi tersebut.
Kempen Trump mengupah Alexander Nix dan syarikat itu, Cambridge Analytica, pada bulan Jun 2016 dan membayarnya lebih AS$6.2 juta Disember lalu, demikian menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan.
Bulan selepas firmanya diupah, Nix menghantar e-mel kepada pengasas Wikileaks untuk mendapatkan bantuan bagi mengesan kira-kira 33,000 e-mel yang dikatakan telah dipadam oleh Clinton dari server peribadinya, lapor Daily Beast dan The Wall Street Journal pada bulan Oktober.
Nix mahu memasukkan e-mel yang hilang itu ke dalam pangkalan data yang boleh dilayari untuk digunakan dalam kempen Trump atau sebuah jawatankuasa tindakan politik pro-Trump, lapor Jurnal itu.
WikiLeaks mengesahkan kepada Reuters pada hari Khamis bahawa ia didatangi Nix, tetapi seorang wakilnya mengatakan ia menolak permintaannya itu.
Jawatankuasa risikan itu sedang menyiasat kemungkinan wujud pakatan sulit antara pasukan kempen Trump dan Rusia semasa pilihan raya 2016. Perkara itu juga sedang disiasat oleh Peguam Khas Robert Mueller dan tiga lagi jawatankuasa kongres.
Rusia telah menafikan campur tangan dalam pilihan raya AS itu, dan Trump menyatakan tidak wujud pakatan sulit antara Moscow dan kempennya.
Perwakilan - Elia Cummings dan Jerrold Nadler - anggota Demokrat dalam jawatankuasa Pemantauan dan Kehakiman, pada hari Khamis meminta pengerusi jawatankuasa itu dari Republican supaya mengeluarkan sapina untuk mendapatkan dokumen dari Cambridge Analytica dan Giles-Parscale, satu lagi firma analisis data yang bekerja untuk kempen Trump.
Jurucakap untuk Cambridge Analytica dan Giles-Parscale tidak segera menjawab terhadap e-mel yang dihantar untuk meminta komen mereka.
Cummings dan Nadler berkata mereka menghantar surat mereka selepas kedua-dua syarikat itu enggan menjawab soalan sama ada mereka mempunyai hubungan dengan pemain asing semasa kempen presiden 2016.
Menurut sumber itu, anggota jawatankuasa risikan itu bertemu di sebuah pejabat perundangan di Washington pada hari Khamis untuk menjalankan temubual dengan Nix Skype kerana dia tidak berada di Amerika Syarikat. Menurut sumber itu, temubual itu berlangsung kira-kira 90 minit.
CIA, Biro Penyiasatan Persekutuan dan Agensi Keselamatan berkata dalam bulan Januari bahawa Rusia digunakan propaganda, media sosial dan cara lain untuk masuk campur dalam pilihan raya 2016 untuk cuba membantu Trump mengalahkan Clinton.
Dalam laporan mereka, agensi-agensi itu mengatakan perkhidmatan perisikan Rusia melancarkan e-mel dan dokumen lain dari Jawatankuasa Nasional Demokratik dan organisasi parti demokratik lain, dan menggunakan Wikileaks untuk mendedahkannya. [Baca berita penuh]
- Reuters