Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Blogger Milosuam ditahan reman tiga hari
Diterbitkan:  Dec 9, 2017 1:57 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Blogger Yusof Al-Siddique Suratman, yang lebih dikenali sebagai Milosuam, hari ini dikenakan tahanan reman selama tiga hari berhubung siasatan terhadap kenyataan saksi SPRM yang bocor.

Peguamnya, Farhanna Roslan, berkata Yusof akan ditahan di balai polis daerah Dang Wangi, di mana dia dibawa selepas ditangkap di rumahnya di Melaka semalam.

"Pegawai penyiasat telah meminta perintah reman selama empat hari, tetapi majistret hanya memberikan tiga hari," katanya.

Farhanna memberitahu pemberita di luar balai polis Dang Wangi pagi ini bahawa Yusof disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS