Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis akan menyelesaikan siasatan kes hubungan sulit yang didakwa melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Kertas siasatan akan siap minggu ini, kami berharap akan dapat selesaikannya minggu ini," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis telah mengambil kenyataan Dzulkifli, beliau (gambar) berkata, "Ia meliputi semua aspek,jadi saya tidak akan mengulas lanjut."

Beliau juga enggan menjelaskan sama ada polis telah mengesahkan individu dalam video bersama seorang wanita yang dikatakan dirakam di Bali itu.

Dzulkifli disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang. Polis telah menghantar kertas siasatannya kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali, tetapi ditolak.

Ketika ditanya mengapa kes berprofil tinggi seringkali ditolak oleh badan itu, beliau menjawab, "kami telah mematuhi semua arahan yang diberikan."

Polis menghantar kertas siasatan pada 17 Oktober dan 30 Oktober lalu, tetapi diarahkan untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Pejabat Peguam Negara juga menolak kertas siasatan polis berkenaan skandal 1MDB. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 409 dan Seksyen 420 Kanun Kesalahan atas kesalahan pecah amanah dan menipu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS