Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Penumpang pesawat kena bayar untuk sistem saringan baru'
Diterbitkan:  Dec 1, 2017 2:37 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Kerajaan dilapor akan mengenakan bayaran RM35 terhadap penumpang untuk Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) yang akan diperkenal sebelum terbang ke luar negara.

Memetik sumber, The Sun melaporkan kerajaan mungkin terpaksa mengeluarkan RM8 billion untuk 15 tahun untuk menyumberluarkan pembangunan sistem itu kepada syarikat swasta.

“Rancangannya supaya syarikat membangunkan perkakas dan perisian untuk APPS dan penumpang membayar kosnya,” kata sumber.

Julai lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kerajaan mahu melaksanakan sistem baru itu bagi menambah baik sistem keselamatan sempadan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS