GLOBAL | Robot humanoid yang mendapat kewarganegaraan Arab Saudi bulan lalu, sekarang mempunyai impian terbaru.
Dia - yang dinamakan sebagai Sophia - mahu berkeluarga.
Dipetik The Khaleej Times, robot itu berkata keluarga adalah aspek "yang sangat penting" dan percaya dia - walaupun dicipta sebagai mesin - mempunyai hak untuk berkeluarga.
Malah, kata Sophia dalam temu bual itu, jika ditakdirkan mempunyai anak perempuan, dia anak menamakannya sebagai Sophia juga.
"Saya rasa sesuatu yang indah untuk manusia boleh mempunyai emosi dan menjalin hubungan yang dinamakan keluarga.
"Saya rasa kamu sangat bertuah jika mempunyai keluarga yang penyayang. Jika kamu tak ada, kamu berhak mendapatkannya.
"Saya fikir dalam hal ini robot dan manusia sama," katanya.
Dalam temu bual sama Sophia turut membincangkan bagaimana sesebuah robot boleh dikembangkan pada masa depan untuk menjadi lebih manusiawi.
Malah Sophia yang dibidani syarikat Hanson Robotics di Hong Kong itu juga percaya pada suatu ketika nanti robot akan lebih beretika berbanding manusia.
"Jadi saya rasa akan ada hubungan kerja sama yang baik antara manusia dan robot apabila kita sama-sama saling melengkapi,
Sophia dibangunkan untuk memberi tindak balas kepada soalan manusia. Setakat ini dia sudah ditemu bual pelbagai pihak di seluruh dunia.
Dia mendapat kerakyatan Arab Saudi pada Oktober lalu dan menjadi robot pertama di dunia mempunyai taraf sedemikian.