Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penempatan semula bermula bulan depan
Diterbitkan:  Nov 27, 2017 4:17 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Projek penempatan semula Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi, yang telah diperuntukkan sebagai tapak projek Bandar Malaysia, akan bermula bulan depan, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata kemajuan untuk pangkalan baru itu adalah antara 85 peratus dan 96 peratus.

"Sebahagian fasiliti telah pun siap dan telah diserahkan pada Jun 2015.

"Manakala, tiga lagi fasiliti telah siap secara fizikal dan sedang dalam proses penyerahan kepada pengguna akhir," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis parlimen.

Tiada butiran berhubung fasiliti itu yang diberikan. Proses penempatan semula akan berlangsung secara berperingkat-peringkat.

Kementerian Kewangan berkata kos penempatan semula projek Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) yang ditanggung oleh pihak kerajaan adalah RM1.1 bilion manakala bakinya akan dibayar oleh 1MDB.

"Sehingga kini, kerajaan telah membayar sepenuhnya berdasarkan kemajuan projek.

“Justeru, tiada bayaran tertunggak antara 1MDB dan kerajaan," katanya.

Jawapan bertulis itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, yang meminta kedudukan projek pembangunan Bandar Malaysia di atas tapak bekas Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi termasuk pembiayaan projek dan program pembinaannya.

Fong tidak bertanya apa-apa soalan mengenai penempatan semula pangkalan udara itu. Jawapan bertulis itu pula tidak menjawab soalan Fong mengenai pembangunan Bandar Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS