Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: Semua kaum di Johor sokong 'sekolah bahasa Inggeris'
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 12:45 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Satu tinjauan yang diterbitkan oleh Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura mendapati bahawa majoriti rakyat Johor menyokong untuk mengembalikan sekolah pengantar Bahasa Inggeris.

Daripada 2,011 responden, 82 peratus menyatakan persetujuan mereka.

"Sokongan kukuh di semua segmen demografi termasuk di kalangan responden Melayu dan luar bandar yang pada masa lalu tidak menyokong dasar untuk mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

"Antara responden Melayu, 77 peratus bersetuju dan 23 peratus tidak bersetuju dengan memperkenalkan sekolah awam bahasa Inggeris," katanya.

Institut ISEAS-Yusof Ishak berkata seperti yang dijangkakan, kajian mendapati bahawa sokongan adalah lebih tinggi di kalangan responden Cina (87 peratus) dan responden India (88 peratus).

Responden India adalah yang paling bersemangat dengan 57.2 peratus berkata mereka sangat bersetuju.

"Mungkin sokongan kuat di kalangan rakyat Johor untuk memperkenalkan dasar sekolah bahasa Inggeris adalah kerana mereka menyedari kejayaan sistem sekolah kebangsaan Singapura yang menghasilkan pelajar yang berwibawa dalam bahasa Inggeris dan diterima bekerja di peringkat antarabangsa," katanya.

Bagi konsep "satu sekolah untuk semua", kajian tersebut juga mencatatkan sokongan kukuh pada 80.8 peratus.

"Seperti yang dijangkakan, 87.1 peratus responden Melayu bersetuju. Di kalangan orang Cina, 47.3 peratus agak setuju dan 27.1 peratus sangat bersetuju dan hampir 20 peratus tidak menyokong konsep itu.

"Responden India mendaftarkan sokongan terendah untuk konsep itu dengan persetujuan 67.1 peratus dan 31.6 peratus tidak setuju.

"Sokongan yang kuat di kalangan responden Cina dan India terhadap konsep 'satu sekolah untuk semua' bercanggah dengan kepercayaan bahawa majoriti kaum India dan Cina di negara ini tidak menyokong konsep 'satu sekolah untuk semua' kerana ini bermaksud menutup Tamil dan sekolah Cina," katanya.

Menurut Institut ISEAS-Yusof Ishak, kemungkinan penjelasan berhubung sokongan kuat masyarakat Cina dan India di Johor mungkin disebabkan oleh kepercayaan bahawa kerajaan negeri akan memperkenalkan satu sistem pendidikan satu aliran yang dimodelkan berdasarkan sistem sekolah bahasa pengantar Inggeris Singapura.

Sebelum ini, dalam temu bual dengan akhbar The Star, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan bahawa kemahiran bahasa Inggeris di kalangan rakyat semakin merosot dan tindakan harus diambil untuk menghentikan kemerosotan itu.

Baginda berpendapat terdapat keperluan untuk mempunyai sistem pendidikan aliran tunggal dan bukannya seperti sistem sekarang - sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil.

Tinjauan ini dijalankan pada bulan Mei dan Jun 2017, di mana responden ditemuramah menerusi talian tetap dan telefon bimbit.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS