Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mugabe, isteri dijangka disingkir hari ini
Diterbitkan:  Nov 19, 2017 10:59 AM
Dikemaskini: 3:20 AM

Pimpinan parti kerajaan dari parti ZANU-PF mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan usaha menyingkirkan Presiden Robert Mugabe, 93 dan melantik semula naib presiden, Emmerson Mnangagwa, yang dipecat sebelum ini.

Menurut sumber, jawatankuasa pusat parti itu dijangka bersidang jam 10.30 pagi (waktu tempatan) bagi menyingkirkan Mugabe, empat hari selepas tentera mengambil alih kuasa.

"Isteri Mugabe, Grace, 52 pula akan dipecat sebagai ketua Liga Wanita Zanu-PF," kata sumber seperti dilapor Reuters.

Sementara itu, televisyen negara itu berkata Mugabe akan bertemu komander tentera pada Ahad, dengan memetik seorang paderi Katolik yang menjadi pengantara dalam rundingan dengan presiden.

Pemerintahan Mugabe sejak negara itu merdeka 37 tahun lalu berakhir selepas pihak tentera merampas kuasa pada Rabu, selain menahan presiden itu di kediamannya.

Sementara itu, beberapa kereta dilihat meninggalkan kediaman rasmi presiden di Harare, namun tidak jelas sama ada Mugabe menaiki salah satu kenderaan itu.

Sabtu lalu, beratus ribu rakyat Zimbabwe membanjiri jalan raya di sekitar Harare sambil menyanyi dan menari, malah dilihat memeluk anggota tentera bagi meraikan kejatuhan Mugabe dan isteri.

Mereka turut berarak menuju ke kediaman rasmi presiden yang memerintah negara itu sejak 1980.

Kejatuhan pasangan itu dilihat menyebabkan kejutan di seluruh Afrika dengan Presiden Uganda, Yoweri Museveni dan Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila, turut menghadapi tekanan untuk disingkirkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS