Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Rumput tidak selalu lebih hijau di padang lain'
Diterbitkan:  Nov 17, 2017 12:30 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Pepatah Inggeris bahawa "rumput sentiasa lebih hijau di padang lain" tidak semestinya betul jika membandingkan Malaysia dengan negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Ambil kira masalah perkauman dan sikap tidak bertoleransi yang lebih tinggi di negara-negara yang dianggap lebih liberal dan maju daripada Malaysia," kata Salleh dalam blog post hari ini.

Beliau merujuk diskriminasi terhadap wanita Islam di negara-negara seperti Perancis dan England.

"Sesetengah rakyat Malaysia banyak mengadu tentang negara sendiri tetapi orang asing yang datang ke Malaysia cenderung bersetuju bahawa negara kita ibarat syurga.

"Sama ada orang asing yang banyak mengembara ini berbohong atau mereka melihat sesuatu yang kita tidak nampak," katanya.

Senator itu berkata, bahawa sesetengah rakyat Malaysia jatuh ke dalam "perangkap sentiasa merungut” mengenai negara ini, walaupun kerajaan persekutuan melakukan perkara yang baik.

Beliau memberi amaran bahawa ini adalah contoh strategi anti kerajaan klasik yang bertujuan mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat Malaysia harus bersikap rasional dan memberi pujian apabila tiba masanya.

"Sesetengah rakyat Malaysia tidak sepatutnya duduk dan terus merungut. Sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan dengan membantu menjadikan negara ini lebih baik."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS