Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekalkan jawatannya sebagai setiausaha agung DAP selepas parti itu mengadakan pemilihan semua anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) di Shah Alam hari ini.
Anggota Parlimen (MP) Cheras Tan Kok Wai pula dilantik sebagai pengerusi menggantikan Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 17 April 2014.
Sejak kematian Karpal Tan dilantik memangku jawatan berkenaan oleh DAP.
Dalam pemilihan semula yang diadakan ekoran arahan dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 7 Julai lalu.
Dalam pemilihan kali ini Guan Eng mendapat 1,180 undi dan meletakkan dia di tempat ketiga selepas bapanya, Lim Kit Siang (1,199 undi) dan anak Karpal, Gobind Singh Deo (1,198 undi).
Gobind - sebelum ini bertugas sebagai ketua biro undang-undang - turut dilantik sebagai timbalan pengerusi DAP.
Kebanyakan jawatan utama kembali disandang oleh tokoh yang dilantik pada pemilihan terdahulu - sebelum ROS mengarahkan parti terbabit mengadakan pemilihan sekali lagi.
MP Seremban Anthony Loke sekali lagi diberi kepercayaan sebagai setiausaha organisasi, manakala MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun kembali menjadi bendahari.
Tony Pua (Petaling Jaya Selatan) pula meneruskan tugasnya sebagai setiausaha publisiti, Liew Chin Tong (Kluang) menjadi pengarah pendidikan politik dan Kit Siang (Gelang Patah) ketua MP DAP.
MP Kulai, Teo Nie Ching, bagaimanapun bertukar jawatan daripada penolong setiausaha publisiti menjadi setiausaha antarabangsa bagi menggantikan V Sivakumar (Batu Gajah).
Pemilihan semula anggota CEC itu diadakan selepas ROS mendapati senarai perwakilan yang digunakan DAP pada pemilihan 2013 sebagai tidak sah.
Asalnya pemilihan CEC itu diadakan pada 2012 namun berlaku kesilapan teknilal ketika ia berlangsung.
DAP kemudian secara sukarela membuat pemilihan semula pada 2013. Semua pemimpin yang dilantik menjalankan tugas seperti biasa sehinggalah ROS membuat ketetapan baru pada 7 Julai lalu.
Berikut ialah senarai nama dan jawatan CEC DAP.
Pengerusi: Tan Kok Wai
Timbalan Pengerusi: Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi:
- Chong Chieng Jen
- Chow Kon Yeow
- M Kulasegaran
- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
- Stephen Wong
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
- Teresa Kok
- Nga Kor Ming
- V Sivakumar
- Bendahari: Fong Kui Lun
Penolong Bendahari: Ngeh Koo Ham
Setiausaha Organisasi: Anthony Loke
Penolong:
- Thomas Su
- Khoo Poay Tiong
Setiausaha Publisiti: Tony Pua
Penolong:
- Yeo Bee Yin
- Zairil Khir Johari
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
Penolong: Ong Kian Ming
Setiausaha Antarabangsa: Teo Nie Ching
Ketua MP: Lim Kit Siang
Anggota Jawatankuasa:
- Chong Eng
- Ronnie Liu
- Teng Chang Khim
- Jannie Lasimbang
- John Brian
- Wong Kah Woh
- Hannah Yeoh