Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Dua hari selepas Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, beliau berkata dirinya akan memfailkan saman fitnah terhadap ketua wanita PKR itu.

Ini antaranya berhubung kenyataan Zuraida pada sidang akhbar selepas beliau menarik balik tuduhannya pada Selasa lalu.

“Saya telahpun menarik kembali kata-kata saya, seperti yang saya katakan sebelum ini dan beliau pun bersetuju.

“Tetapi malangnya, di luar mahkamah beliau kata saya macam-macam, tidak siuman dan kata saya memohon maaf di depan hakim di mahkamah terbuka.

“Beliau kata dia berjaya menjinakkan saya, saya seorang yang buas. Jadi ini adalah satu kenyataan yang saya anggap cukup menghina.

“Saya telahpun mengarahkan peguam-peguam saya untuk saman YB Zuraida,” kata Jamal kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang akhbarnya, selepas penyelesaian mahkamah, Zuraida didakwa berkata, bahawa Jamal telah memohon maaf kepadanya dalam penyelesaian itu dan bahawa dirinya berpuas hati kerana "berjaya menjinakkannya".

Beliau juga dilaporkan menggesa Jamal supaya tidak melakukan perkara-perkara "tidak siuman" dan membuli orang lain.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS