Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'SPRM tak siasat 1MDB sebab pihak berkuasa lain sudah siasat'
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 6:18 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Dalam jawapan parlimen bertarikh 1 November, menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengadakan siasatan ke atas skandal 1MDB kerana pihak berkuasa lain sudah menjalankan siasatan.

“SPRM tidak menjalankan siasatan berkaitan kes 1MDB memandangkan siasatan kes tersebut telah pun diambil tindakan oleh pihak berkuasa lain seperti Bank Negara, PDRM dan Jawtankuasa Kira-Kira Wang Negara yang mana Yang Berhormat (Tony Pua) juga adalah anggotanya,” katanya.

Jawapan itu sebagai maklum balas kepada soalan yang dibangkitkan Pua terhadap keputusan SPRM untuk tidak menyiasat penyelewengan dana berkenaan 1MDB seperti yang diumumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad Jun lalu.

SPRM tidak menyiasat 1MDB secara langsung namun mengadakan siasatan ke atas “sumbangan” RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan syarikat subsidiari SRS International.

Bank Negara Malaysia dikatakan menyaman 1MDB dan entiti berkaitan sebanyak RM115.8 juta kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan.

Polis menyiasat 1MDB di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah pecah amanah dan Sekseyn 420 kanun sama kerana menipu.

Pada April 2016, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan 106 muka surat berhubung pengurusan 1MDB di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada anggota parlimen BN dan pembangkang, antara lain mencadangkan agar pihak berkuasa menyiasar bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Halm dan pihak lain yang terlibat dalam pengurusan 1MDB.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS