Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kelantan bagi ikut kemampuan, Lim berterima kasih
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 1:26 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Bantuan sebanyak RM50,000 kepada Pulau Pinang yang sedang dilanda banjir besar oleh
kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS adalah mengikut kemampuan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang memperlekeh usaha murni kerajaan negeri menyalurkan bantuan segera, menurutnya, Kelantan tidak semewah negeri-negeri lain.

"Dalam Islam, kalau mahu sedekah, berilah ikut kemampuan. Kita beri setakat termampu. Lebih baik sedikit daripada tak memberi langsung.

"Untuk permulaan ini kita sumbangkan RM50,000 dulu dan mungkin selepas ini, kalau ada rezeki lebih, kita boleh sumbangkan lagi. Janganlah bandingkan kita dengan negeri lain yang kaya," katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata, segera berjumlah RM50,000 akan disalurkan kepada Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir besar.

Ahmad yang juga adalah timbalan mursyidul am PAS berkata dalam situasi sedemikian semua pihak agar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.

Hubungan PAS dengan DAP yang menerajui Pulau Pinang berkecai selepas pilihan raya umum ke-13 dan menjadi semakin renggang apabila Pakatan Rakyat terkubur.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang juga pernah menyalurkan bantuan lebih RM1 juta kepada Kelantan pada tahun 2014 apabila negeri itu dilanda banjir.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Pas Kelatan yang menghulurkan sumbangan RM50,000 bagi mangsa banjir di negeri ini.

Sementara itu, dalam kenyataan ringkasnya menerusi laman sosial Facebook, Lim mengucapkan terima kasih kepada negeri Kelantan.

“Terima kasih negeri Kelantan atas segala sumbangan dan kelulusan sejumlah RM50,000 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang.”

Selain Kelantan, kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR menghulurkan sumbangan RM1 juta kepada Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali bersama pihak berkuasa tempatan di Selangor juga mengerahkan petugas yang kini berada di Pulau Pinang bagi membantu kerja-kerja pembersihan selepas banjir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS