Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Seks untuk kerja': Polis minta buat laporan
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 9:50 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner R Munusamy menggesa pihak yang mengetahui berkaitan dakwaan seorang pemimpin bahagian MIC meminta habuan seks daripada remaja tampil membuat laporan polis.

Munusamy berharap laporan polis dapat dibuat supaya siasatan dapat dimulakan, lapor New Straits Times.

Beliau sendiri, katanya dimaklumkan berkaitan perkara itu oleh Bendahari Agung MIC Datuk Seri S Vell Paari.

“Dia telefon saya dari India semalam dan kongsi cerita individu itu...

"Saya gesa dia atau sesiapa sahaja supaya lapor polis dulu supaya polis boleh mulakan siasatan,” Munusamy dipetik sebagai berkata.

Pemimpin akar umbi MIC itu dilapor telah meletakkan jawatan selepas perbualan telefonnya dengan seorang wanita diedarkan di media sosial.

Dalam perbualan itu, beliau berjanji mencari kerja untuk anak gadis wanita itu jika remaja itu sanggup tidur dengannya.

"Beritahu saya masa dan di mana, dan berapa lama sesi itu. Jika dia tidak berminat, sila beritahu saya, saya akan gugurkan tawaran ini, kerana terdapat banyak gadis lain menunggu," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS