Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Seks untuk kerja’ pemimpin MIC tersebar di media sosial
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 12:24 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Seorang pemimpin cawangan MIC melepaskan jawatannya susulan tersebar rakaman perbualan telefon di mana beliau menjanjikan untuk mendapatkan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahkan tubuhnya.

Menurut laporan berita, ahli politik berkenaan, yang juga adalah guru di sebuah sekolah Tamil  yang berusia 56 tahun, membuat janji tersebut kepada ibu gadis itu.

Klip audio berkenaan sedang tersebar melalui aplikasi mesej Whatsapp.

Dalam klip lapan minit 49 saat itu, lelaki itu dengan angkuh memberitahu bahawa beliau telah membantu banyak gadis, yang baru saja selesai menduduki peperiksaan SPM mendapat pekerjaan setelah mereka mengadakan hubungan seks dengan dirinya.

"Beritahu saya masa dan di mana, dan berapa lama sesi itu. Jika dia tidak berminat, sila beritahu saya, saya akan gugurkan tawaran ini, kerana terdapat banyak gadis lain menunggu," katanya.

Beliau juga mengadu kepada wanita itu bahawa anaknya itu tidak menjawab panggilan atau mesej.

Lelaki itu juga memberitahu bahawa hubungan seks adalah hanya pada pertemuan sekali itu dan selepas dirinya membantu gadis berkenaan mendapatkan pekerjaan, mereka akan saling tidak mengenali.

"Jangan lepaskan peluang ini," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS