Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
8 maut serangan trak rempuh laluan basikal di Manhattan
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 8:33 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

Seorang pemandu trak pikap membunuh lapan orang dan mencederakan lebih sedozen lagi apabila dia memandu memasuki satu laluan basikal di bandaraya New York petang semalam di mana pihak berkuasa berkata ia adalah serangan pengganas.

Pemandu berusia 29 tahun itu ditembak oleh polis di perut dan ditahan selepas dia merermpuh bas sekolah dan bertindak melarikan diri, kata Pesuruhjaya Polis New York City James O'Neill memberitahu sidang akhbar pagi ini

Jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS menyebut kejadian itu sebagai "tindakan keganasan yang jelas".

Ditanya pada sidang media itu mengenai laporan bahawa pemandu itu melaungkan "Allahu Akbar" - O'Neill berkata bahawa kenyataan yang dibuat oleh suspek ketika dia keluar dari traknya dan keadaan serangan itu membuat penyiasat melabel kejadian itu sebagai "serangan pengganas".

O'Neill berkata pihak polis tidak akan mendedahkan identiti pemandu itu buat masa ini.

Serangan itu mengingatkan kepada beberapa serangan serupa yang dilakukan di Eropah tahun lepas.

Gabenor Andrew Cuomo berkata suspek nampaknya bertindak sendirian.

"Tidak ada bukti untuk mencadangkan plot yang lebih luas. Ini adalah tindakan seseorang yang bermaksud untuk menyebabkan kemudaratan serta kemungkinan kematian," kata Cuomo pada sidang akhbar itu.

'Tindakan keganasan pengecut'

Datuk Bandar Bill de Blasio menyifatkan serangan itu sebagai "tindakan keganasan yang pengecut."

Pemandu itu memasuki laluan basikal di Manhattan pada jam 3.05 petang.

Dua kanak-kanak dan dua orang dewasa cedera apabila trak itu merempuh sebuah bas sekolah, katanya.

O'Neill berkata suspek memandu trak home depot yang disewa, tetapi berkata pihak polis tidak akan mendedahkan dari mana trak itu disewa.

Selepas serangan itu, basikal bertaburan di laluan itu, yang selari dengan Lebuh Raya West Side di pinggir barat Manhattan, di sepanjang Sungai Hudson.

Daripada lapan orang terbunuh, enam orang maut di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia di sebuah hospital berdekatan, kata O'Neill.

Pesuruhjaya bomba, Daniel Nigro berkata, 11 mangsa cedera parah tetapi keadaan merek tidak membimbangkan, dibawa dibawa ke hospital

Presiden AS Donald Trump diberi taklimat mengenai kejadian itu, kata jurucakap White House Sarah Sanders.

Serangan serupa di Eropah tahun lepas telah membunuh berpuluh mangsa.

Pada 14 Julai 2016, seorang suspek memandu sebuah trak besar merempuh orang ramai yang menyambut Hari Bastille di bandar Nice di Perancis, membunuh 86 orang dan mencederakan ratusan lagi dalam serangan di mana IS mengaku bertanggungjawab.

Lima bulan kemudian seorang pendatang berusia 23 tahun dari Pakistan memandu trak merempuh sebuh pasar Krismas yang penuh di pusat bandaraya Berlin, membunuh 12 orang dan mencederakan 48 orang.

Pada bulan April tahun ini, seorang yang gagal mendapatkan suaka yang memandu trak merempuh sebuah pasaraya di pusat bandar Stockholm, membunuh tiga orang dalam apa yang disebut perdana menterinya sebagai serangan pengganas. [Baca berita penuh] - Reuters

Sementara itu, Bernama melaporkan bahaww rakaman video oleh seorang kerani pejabat yang bekerja di bangunan 7 Pusat Dagangan Dunia setinggi 52 tingkat itu menunjukkan semua jalan utama sekitar daerah kewangan yang sentiasa sesak telah dikosongkan, dan hanya kenderaan polis dapat dilihat bergerak atau diparkir di kawasan tersebut.

Kerani wanita itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Jiang, memaklumkan Xinhua bahawa beliau dan rakan sekerjanya dinasihati polis untuk terus berada di dalam bangunan tersebut sehingga diberitahu kelak.

Seorang saksi, John Williams, berkata "Semasa saya berjalan di laluan menuju ke tempat kejadian, saya telah melihat sekumpulan wanita dan kanak-kanak berlari ke arah saya, seorang daripada mereka berkata 'dia ada senapang, dia ada senapang.'

"Saya berpaling dan terdengar bunyi tembakan kira-kira 30 saat kemudian."

"Terdapat sebuah trak pikap putih dengan logo Home Depot. Bahagian depan trak itu pecah berkecai dan terdapat juga asap," katanya.

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum perarakan tahunan Halloween di pusat bandar Manhattan, yang biasanya dibanjiri ribuan pengunjung berpakaian kostum.

Pihak berkuasa berkata lebih ramai anggota dan sumber polis akan ditempatkan di kawasan ikonik dalam bandar itu.

Pada sidang akhbar berkenaan juga, Gabenor New York Andrew Cuomo, yang sebelum itu mengucapkan selamat hari Halloween kepada penduduk New Yorker, berkata tidak ada bukti yang menunjukkan terdapat ancaman berterusan selepas serangan trak tersebut.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam twitnya menyebut, "Di NYC, nampaknya berlaku satu lagi serangan oleh seorang individu yang mentalnya amat sakit dan tidak waras. Agensi penguatkuasaan undang-undang sedang memantau perkara ini dengan teliti. BUKAN DI AS!"


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS