Dalam rancangan rasionalisasi subsidi 2014, subsidi minyak sepatutnya sudah dimansuhkan.
Bagaimanapun, sekarang – tiga tahun selepas itu – Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah mendedahkan ia sebenarnya masih berjalan.
Katanya, ia bagi memastikan kenaikan harga barang sentiasa dapat disemak kerana harga minyak minggu sentiasa disesuaikan.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak sebanyak subsidi sebelum tahun 2014.
“Walaupun kita ada mekanisme harga minyak, masih terdapat beberapa subsidi. Kerajaan masih beri subsidi.
“Kadang-kadang kita tidak mahu terlalu bebankan rakyat, jadi kita subsidi untuk satu tempoh masa bila harga naik, kita beri subsidi sikit.
“Saya rasa kita masih (beri subsidi) beberapa ratus juta sebulan,” katanya.
Beliau berkata ketika menjawab soalan dalam dialog pascabelanjawan di Kuala Lumpur hari ini.