Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan mansuh kutipan tol di empat laluan
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 7:18 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

BAJET 2018 Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor mulai 1 Januari 2018, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Najib, yang juga menteri kewangan, mengumumkan perkara itu ketika ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Kutipan tol bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga ialah sebanyak RM1.10 manakala RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau.
Sebelum ini, beberapa pihak telah mendesak supaya kutipan tol di kedua-dua kawasan yang telah beroperasi sejak November 1993, dimansuhkan.

EDL, yang sepanjang 8.1km, mula beroperasi pada April 2012.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS