Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita sektor swasta dapat cuti bersalin 90 hari
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 5:24 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

BAJET 2018 l Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Katanya, wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara dan pengumuman itu adalah sebagai menghargai sumbangan mereka.

“Pertama: Mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

“Kedua: Mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari, seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.

“Ketiga: 20 juta ringgit untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy.

“Keempat: Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan.

“Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS