Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Negeri pengeluar minyak dapat royalti 20 peratus'
Diterbitkan:  Oct 25, 2017 10:42 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Selaras dengan pendiriannya sebelum ini, Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Belanjawan Alternatif 2018 yang dibentang hari ini menawarkan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum, iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Namun, HARAPAN turut membayangkan ia pada masa sama perlu mengurangkan peruntukan persekutuan kepada negeri tersebut.

"HARAPAN pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kadar royalti kepada 20 peratus.

"Namun, kami sedar kami juga perlu memastikan belanjawan fiskal dan Petronas tidak dimudaratkan sehingga tidak boleh diperbaiki disebabkan susunan sedemikian.

"Oleh itu kerajaan negeri pengeluar minyak dijangka mengambil lebih tanggungjawab peruntukan belanjawan. Perbezaan yang jelas adalah kerajaan negeri ini akan mempunyai kuasa elektif atas apa yang hendak dibelanjakan," kata HARAPAN menerusi dokumen belanjawan itu.

Pada masa ini Sabah dan Sarawak mendapat royalti sebanyak lima peratus, manakala Terengganu menerima sumbangan 'wang ehsan' daripada kerajaan negeri. Kelantan pula tidak mendapat sebarang bentuk bayaran.

Belanjawan itu juga membangkitkan tuntutan kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan operasi minyak dan gas sendiri, sama seperti Petronas.

HARAPAN berkata apabila perkara itu diputuskan dan ia setuju dengan tuntutan itu, pengiraan baru bagi royalti kedua-dua negeri akan dibuat.

Kelantan dan Terengganu dinafikan royalti minyak ketika di bawah pentadbiran PAS, di era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS