Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Paderi Koh arah jangan sebar agama dalam program NGO'

Paderi Raymond Koh memberikan arahan khusus agar sukarelawan NGO Komuniti Harapan yang dipimpinnya tidak menyebarkan agama dalam program mereka, kata isterinya Susanna Liew.

Beliau berkata Koh tidak lagi menjalankan kebanyakan kerja berkaitan agama ketika menubuhkan NGO itu pada 2004, walaupun masih dipanggil sebagai 'paderi' dan memberikan khutbah di pelbagai gereja.

Berhubung kerja amalnya, Liew berkata "Raymond secara khusus memberitahu sukarelawan ketika orientasi agar tidak menyebarkan dan bercakap tentang agama."

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi kedua sidang pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan Koh dan tiga individu lain, hari ini.

Selain Koh, turut hilang adalah aktivis Amri Che Mat, paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Hilmy.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa penculikan Koh berkaitan dengan dakwaan beliau menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, dan beliau dikatakan menerima ugutan bunuh ekoran dakwaan itu.

Liew berkata, Komuniti Harapan membantu golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama, termasuk orang Islam.

Katanya, ia bukanlah pertubuhan Kristian, sebaliknya bebas daripada mana-mana agama.

Katanya lagi, NGO itu antaranya mengendalikan bilik bacaan di Petaling Jaya, yang menyediakan ensiklopedia, buku rujukan SPM dan komputer.

NGO itu juga menyumbangkan barangan keperluan kepada ibu tunggal, dan membantu mereka mendapatkan pendapatan melalui penjualan roti dan kek serta barang kemas buatan tangan, katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS