Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggantung tauliah penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin daripada mengajar di surau dan masjid-masjid di negeri itu.
Dalam suratnya semalam, Pengarah JAIS Haris Kasim memaklumkan kepada kesemua rumah ibadat umat Islam di negeri itu bahawa Zamihan disiasat bawah Seksyen 4, Akta Hasutan.
Haris berkata, pergantungan sementara itu berkuat kuasa serta merta, lapor The Star.
Zamihan kini sedang ditahan reman susulan kenyataannya yang dilaporkan mengkritik pendirian sultan Johor yang menolak dobi eksklusif untuk umat Islam di negeri baginda.
Zamihan berkata beliau tidak pun menyebut nama sultan Johor dan menyalahkan media yang didakwa cuba membunuh karektornya.