Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam Anwar: Dakwaan PM bayar Shafee RM9.5 juta tak disangkal

Dakwaan RM9.5 juta dimasukkan oleh Datuk Seri Najib Razak ke dalam akaun peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan kes Liwat II antara 2013 dan 2014 tidak pernah disangkal.

Perkara itu didedahkan kepada hakim Azizah Nawawi dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh hakim-hakim Anwar, berdasarkan afidavit yang difailkan oleh kerajaan, Najib dan Shafee.

Kerajaan, yang dinamakan sebagai responden dalam saman asal, memohon mengetepikan saman itu.

Permohonan itu dibuat dalam kamar hari ini.

Terdahulu, peguam Anwar yang dipimpin oleh bekas hakim persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama N Surendran dan Latheefa Koya, memohon supaya prosiding dibuat di mahkamah terbuka, bawah Seksyen 15, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA).

Bagaimanapun, Azizah menolak permohonan itu tanpa mendengar sebarang penghujahan daripada peguam kanan persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud yang bertindak bagi pihak kerajaan.

Dalam penghujahan hari ini, peguam Anwar memberitahu mahkamah bahawa anak guam mereka mempunyai hak mendapatkan perbicaraan adil, bagi mendapatkan hak merayu di semua peringkat, bawah Perkara 5(1) Persekutuan Persekutuan.

Kata mereka, Anwar berhak mendapatkan pendakwa bebas yang tidak mempunyai kepentingan peribadi.

“Dakwaan itu tidak disangkal dengan bukti bahawa pendakwa (Shafee) dibayar RM9.5 juta untuk transaksi oleh saksi penting, iaitu Najib,” kata peguam Anwar dalam penghujahan mereka.

Pihak pendakwaan, yang mempunyai kepentingan kewangan dalam prosiding itu, patut tidak dibenarkan menjalankan prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kata mereka.

Sementara itu, pihak pendakwaan diketuai oleh Awang Armadajaya memberitahu mahkamah bahawa Anwar telah membuat banyak permohonan dalam isu yang sama.

Justeru, kata pendakwa, sudah jelas kes itu perlu ditolak.

Peguam Anwar bagaimanapun berkata terdapat isu serius dan ia patut dibicarakan.

Selain Awang Armadajaya, Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa dan K Mangai turut bertindak bagi pihak pendakwaan. Nur Emilia Mohd mewakili Najib.

Shafee turut hadir di mahkamah.

Aziah menetapkan 24 Oktober depan untuk beliau menyampaikan keputusannya.

Selain itu, peguam Najib dan Shefee turut memohon untuk mengetepikan permohonan untuk memaksa mahkamah memaksa untuk mendedahkan dua penyata kewangan berkaitan dakwaan pemindahan wang RM9.5 itu.

Shafee ketika ditanya pemberita berkata beliau tidak dapat mengulas dakwaan yang dibuat di mahkamah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS